'Ayah akan lawan raksasa koronavirus'

Pasukan perubatan dikerah ke Wuhan bagi memerangi wabak koronavirus. - Foto Xinhua
Pasukan perubatan dikerah ke Wuhan bagi memerangi wabak koronavirus. - Foto Xinhua
A
A
A

WUHAN - Ayah akan lawan raksasa, jaga diri kamu dan nenek kamu baik-baik, kata seorang doktor Hospital Perubatan Universiti Perubatan Fujian, Wu Wenwei kepada anak perempuannya berusia lima tahun sebelum berangkat menyertai pasukan perubatan ke Wilayah Hubei bagi mengekang wabak koronavirus.

Ketua pasukan berusia 46 tahun pernah berkhidmat dalam kerja penyelamat semasa gempa bumi di Wenchuan yang dahsyat pada tahun 2008 hingga mengorbankan lebih 80,000 orang, lapor Xinhuanet.

Kata-kata Wu kepada anaknya meruntun jiwa netizen kerana menyifatkan mereka 'berperang' dan berkorban nyawa demi menyelamatkan rakyat negara itu daripada penularan wabak koronavirus dilihat semakin merebak dan sangat kronik.

Kini lebih banyak pasukan perubatan dihantar ke Wuhan untuk membantu kawalan koronavirus.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: 1,771 kes baharu dilaporkan di 30 wilayah China

Shanghai menghantar 50 lagi pekerja perubatan ke Wuhan dengan kereta api pada Isnin selepas menghantar kumpulan pertama tiga hari lalu iaitu seramai 136 pegawai perubatan.

Wilayah selatan, Hainan menghantar sekumpulan 42 pekerja perubatan ke Wuhan dan Fujian menghantar seramai 135 doktor dan jururawat ke Wuhan pada Isnin.

Pasukan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe pada tengah hari dan menyertai ribuan kakitangan perubatan dari seluruh negara untuk memerangi wabak koronavirus.

Artikel Berkaitan:

Ayah akan lawan raksasa, jaga diri kamu dan nenek kamu baik-baik, kata seorang doktor

Jumlah kematian akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 106 orang manakala hampir 1,300 kes baharu disahkan, kata pihak berkuasa.

Suruhanjaya kesihatan di wilayah tengah Hubei, pusat epidemik itu berkata, 24 lagi orang telah meninggal dunia akibat virus itu dan 1,291 lagi orang dijangkiti, peningkatan kepada lebih 4,000 kes di seluruh China.