Ringgit ditutup rendah akibat kebimbangan penularan koronavirus

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup rendah hari ini berikutan pelabur memilih berada di luar pasaran berikutan meningkatnya kebimbangan terhadap penularan wabak 2019 novel koronavirus di peringkat global.

Pada jam 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.0840/0870 berbanding dolar AS daripada 4.0645/0665 ketika ditutup Jumaat lepas.

Penganalisis berkata ringgit dijangka mencatat permintaan yang lemah susulan penyebaran koronavirus yang menyebabkan pelabur beralih daripada mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit kepada mata wang selamat seperti dolar AS dan yen Jepun.

Kebimbangan yang berlanjutan itu menyebabkan harga minyak menyusut 12.4 peratus daripada paras kemuncaknya sebanyak AS$65.20 setong pada Isnin kepada AS$58.05 setong hari ini.

“Kesan itu mencetuskan momentum penurunan yang dijangka berterusan sehingga keadaan itu kembali tenang,” kata beliau.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia menyusut kepada 3.0052/0076 daripada 2.9954/9980 berbanding dolar Singapura dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7526/7557 daripada 3.7323/7345 pada Jumaat.

Unit mata wang tempatan itu juga susut berbanding euro kepada 4.4985/5035 daripada 4.4791/2821 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3210/3258 daripada 5.3221/3263 sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: