X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Tahu pun menggelupur!

Paparan Twitter @999Malaysia menunjukkan segelintir pengguna jalan raya masih memilih laluan kecemasan bagi mengelak kesesakan lalu lintas ketika cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang menggunakan lorong kecemasan untuk mengelak kesesakan lalu lintas sebenarnya boleh mengundang kepada peningkatan kadar kemalangan di lebuh raya.

Malah, sikap mereka yang mementingkan diri sendiri ini juga adakalanya menyebabkan bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan misalnya menjadi lambat.

Rakaman video dimuat naik di Twitter @999Malaysia ini apabila menunjukkan sikap segelintir pengguna jalan raya kita yang menggunakan laluan kecemasan bagi mengelak kesesakan lalu lintas ketika cuti Tahun Baru Cina.

Video dimuat naik dengan kapsyen, "Op Selamat 16, Op lorong kecemasan... menggelupur semua apabila terserempak dengan sang saka biru" tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, empat buah kenderaan dilihat tergesa-gesa untuk kembali memasuki laluan lebuh raya selepas melihat kenderaan peronda polis berada di hadapan atau lebih tepat di laluan kecemasan.

Kemalangan juga hampir berlaku apabila kereta tersebut nyaris berlanggar antara satu sama lain kerana panik melihat kereta peronda polis.

Penularan video tersebut membuatkan netizen berkongsi satu rakaman menunjukkan kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke utara sebelum Gua Tempurung turut menggunakan laluan kecemasan.

Kata Fazelya, "Jangan disangka lorong kecemasan yang tenang tiada sang saka biru. Padan muka! Jenis tak reti sabar tahu menggelupur."

Video tersebut meraih lebih 49,500 tontonan, 2,900 ulang kongsi dan 1,700 tanda suka dari netizen.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus