Rembau bakal jadi destinasi ekopelancongan

Rembau-Negeri-Sembilan
Rembau-Negeri-Sembilan
A
A
A

REMBAU - Rembau akan dijadikan sebagai kewasan ekopelancongan bagi mengaktifkan kembali produk pelancongan sedia ada di daerah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Rembau, Datuk Mohd Taufek Abd Ghani, berkata daerah itu mempunyai banyak pusat tumpuan pelancongan yang boleh menarik ramai pengunjung.

"Kita nak aktifkan sektor pelancongan di Rembau seperti Gunung Datuk, air panas Pedas, muzium Rembau, kelip-kelip dan udang galah di Sungai Timun.

"Selain itu, Rembau juga terkenal dengan lokasi masakan Negeri Sembilan iaitu masak lemak cili api dan daging salai berhampiran tol Pedas.Ini semua produk pelancongan yang perlu kita majukan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas di Dewan Merdeka Rembau dan Hospital Rembau yang turut dihadiri Pengarah Hospital Rembau, Dr Fatin Mahirah Mahmood di sini hari ini.

Datuk Mohd Taufek (tengah) ketila melawat bilik bersalin di Hospital Rembau hari ini.
Datuk Mohd Taufek (tengah) ketila melawat bilik bersalin di Hospital Rembau hari ini.

Mohd Taufek yang juga Exco Pembangunan Belia dan Sukan berkata, perkara itu akan dibincangkan secara mendalam dan lebih teliti bersama Jawatankuasa Pembangunan Daerah Rembau.

Dalam pada itu, menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun melantiknya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Rembau berkuat kuasa hari ini bagi memantau segala projek di daerah itu terutama membabitkan Rancangan Malaysia ke-11.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sebelum ini mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Rembau dipengerusikan Pegawai Daerah, namun selepas ini beliau akan mempengerusikan segala mesyuarat berkaitan pembangunan Rembau bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan berjaya diselesaikan.