Koronavirus: Agong titah semua masjid adakan solat hajat

Yang di-Pertuan Agong berkenan bersalaman dengan sebahagian jemaah ketika berangkat tiba bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan hari ini. -Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong berkenan bersalaman dengan sebahagian jemaah ketika berangkat tiba bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan semua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat serta doa selamat bagi memohon kepada ALLAH untuk terus memelihara negara dan rakyat daripada wabak koronavirus.

Baginda bertitah, ia berikutan peningkatan penularan wabak koronavirus di China dan negara lain yang dikesan dibawa masuk oleh warga China.

"Saya berdoa dan berharap semua masjid mengadakan solat hajat supaya dapat menjauhi segala penyakit khususnya koranavirus yang membahayakan masyarakat kita.

"Mudah-mudahan penyakit ini dapat dijauhi daripada kita semua," titah baginda ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kali ke-179 hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus tidak beri implikasi ekonomi: Mohamed Azmin

Al-Sultan Abdullah turut mengulangi nasihat kepada rakyat agar sentiasa mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini mengenai wabak tersebut daripada saluran-saluran rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi-agensi kerajaan serta media arus perdana.

Rakyat juga diseru untuk sentiasa mengikuti nasihat dan saranan langkah pencegahan dan amalan kesihatan seperti yang digariskan KKM.

Artikel Berkaitan: