KWSP beri amaran laman web palsu

Mesej yang tular di laman sosial mendakwa pencarum yang bekerja antara tahun 1990 dan 2019 layak mendapat insentif RM10,000.
Mesej yang tular di laman sosial mendakwa pencarum yang bekerja antara tahun 1990 dan 2019 layak mendapat insentif RM10,000.
A
A
A

SHAH ALAM – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenal pasti sebuah mesej yang tular di laman sosial mendakwa pencarum yang bekerja antara tahun 1990 dan 2019 layak mendapat insentif RM10,000.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, mesej yang tular itu dan kandungannya adalah palsu dan tidak berkaitan dengan agensi berkenaan.

“Mesej berkenaan juga mempunyai pautan ke laman sesawang palsu KWSP, yang meminta orang ramai menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima insentif berkenaan di laman web palsu itu,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihaknya percaya ia cubaan penipuan data peribadi pencarum bagi tujuan berunsur jenayah.

“Pencarum digesa supaya tidak menjawab sebarang kaji selidik atau memberikan data peribadi mereka kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak disahkan.

“Mereka juga diminta supaya tidak menyebarkan mesej tular tersebut,” katanya.

Semua maklumat rasmi berhubung produk dan perkhidmatan KWSP hanya akan disiarkan dalam laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my.

Pencarum juga boleh Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 untuk tujuan pengesahan jika terdapat mesej berkenaan KWSP yang meragukan di media sosial.

Artikel Berkaitan: