Hapuskan Umno, hapuskan PTPTN!

Paparan Twitter PTPTN
Paparan Twitter PTPTN
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sindiran beliau terhadap PH berhubung isu penghapusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sinisnya, kalau dahulu pemimpin PH acap kali melaungkan isu penghapusan PTPTN, namun kini setelah menjadi kerajaan 'laungan' itu tidak lagi kedengaran.

"Hapuskan Umno, hapuskan PTPTN!"

"Saya ingat lagi laungan mereka. Kini semua hilangkan diri.Tinggal Simpang Renggam belum tapi tak lama lagi," katanya menerusi perkongsian di Facebook rasminya.

Mengulas lanjut, Najib berkata beberapa minggu ini tiba-tiba ada yang tinggalkan komen penghargaan di Twitter dan Facebooknya.

"Dapat diskaun 20 peratus untuk penyelesaian PTPTN.

"Masa kami buat dasar dulu, kami tahu ada juga anak-anak kita tidak mampu buat penyelesaian sekaligus melalui simpanan atau KWSP," katanya yang turut menyertakan keratan 'soal jawab' PTPTN dengan peminjam PTPTN berhubung isu itu.

Katanya lagi, peminjam PTPTN memilih untuk buat bayaran secara ansuran.

Artikel Berkaitan:

"Sebab itulah juga saya ambil pendekatan adil dan prihatin, tetap mahu bantu mereka yang susah dengan diskaun bagi pembayaran bulanan juga.

"Kini kesemuanya tiada lagi. Tinggal sejarah.

Maszlee oh Maszlee. Baliklah dari Indonesia," sinisnya lagi.