Pemuda Cina ini dan tulisan jawinya tular di Twitter

Seng Foo menunjukkan tulisan jawi membawa maksud 'Go Xi Fa Cai' atau Selamat Tahun Baru Cina.
Seng Foo menunjukkan tulisan jawi membawa maksud 'Go Xi Fa Cai' atau Selamat Tahun Baru Cina.
A
A
A

SHAH ALAM - Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina diserikan dengan keindahan, kebudayaan masyarakat majmuk daripada pelbagai kaum dan agama.

Itu yang ditonjolkan oleh seorang pelayar Twitter, Lee Seng Foo apabila tampil kelainan menyemarakkan dan martabatkan tulisan jawi ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Meskipun agak kekok dan mengakui masih mempelajari tulisan jawi daripada rakan-rakan sekerjanya namun ia sesuatu menyeronokkan.

Menerusi statusnya, Seng Foo menulis, "Ironinya, saya tidak tahu bagaimana menulisnya dalam bahasa Cina," selorohnya selepas memuat naik foto tulisan jawi 'Go Xi Fa Cai' atau Selamat Tahun Baru Cina.

Pada hantaran sama, Seng Foo juga memberitahu, dia menulis sendiri tulisan jawi tersebut selepas dibimbing oleh rakan Melayu di tempat kerja.

Perkongsian Seng Foo mempelajari tulisan jawi menarik perhatian netizen.
Perkongsian Seng Foo mempelajari tulisan jawi menarik perhatian netizen.

"Saya masih belum pandai membaca tulisan jawi dan muhibah itu berkat," ciapnya pantas menarik perhatian netizen.

Bukan itu sahaja, dia juga memberitahu, sekiranya netizen kurang faham apa maksud tulisan jawinya boleh bertanyakan kepada rakan Melayu dan jika tidak mempunyai rakan Melayu, jadikan mereka kawan anda.

Artikel Berkaitan:

Penularan kisah tersebut membuatkan netizen berbangsa Melayu teruja melihat kegigihan Seng Foo untuk menulis dalam tulisan jawi.

"Usaha itu penting, Selamat Tahun Baru!," kata farhanzahari manakala Syzan memberi kata-kata semangat dan motivasi agar terus menulis dan tidak sekali takut dengan tulisan jawi.

Dalam pada itu, Baba Afif memuji tulisan jawi Seng Foo dengan berkata, "Comelnya tulisan jawi kamu."

Melihat keikhlasan netizen, Seng Foo mengucapkan terima kasih dan menghargai kata-kata, ucapan daripada netizen sekali gus mendoakan agar semuanya menerima ganjaran rezeki yang melimpah ruah.