X

Kindly register in order to view this article
!

Scammer guna gambar Exco minta duit

Mohd Asmirul Anuar Aris
Tangkap layar perbualan scammer yang menyamar menggunakan gambar profil Mohd Asmirul baru-baru ini.
A
A

ALOR SETAR - Exco Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap individu atau scammer yang menggunakan nama pemimpin untuk mendapatkan sejumlah wang.

Menurutnya, dalam kejadian Ahad lalu, ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambarnya sebelum menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada kenalannya untuk meminjam wang.

Katanya, individu terbabit memberikan alasan bahawa wang tersebut untuk membantu individu lain yang memerlukan bantuan

"Scammer ini menggunakan nama yang berhormat (YB) menteri, Exco dan sebagainya. Sekarang ini begitu mudah, jadi saya mohon supaya pihak SKMM ambil tindakan tegas tangkap mereka ini yang menyebabkan rakyat keliru.

"Rakyat rasa tertipu kadang-kadang seperti guna nama saya untuk minta duit. Isu-isu seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana mengganggu fokus kami untuk bekerja," katanya yang sudah pun membuat laporan polis untuk tindakan.

Mohd Asmirul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan berkata, beliau juga akan membangkitkan masalah tersebut di dalam mesyuarat Exco agar sesuatu dapat dilakukan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Katanya, masa banyak terbuang dan dihabiskan untuk menyelesaikan masalah-masalah sedemikian.

"Banyak lagi masalah rakyat yang hendak diselesaikan seperti masalah penjaja, barang dapur namun disebabkan scammer ini fokus kita terganggu," katanya.

Tambahnya, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab tersebut agar dapat mengelakkan lebih ramai pihak yang menjadi mangsa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!