Koronavirus: Selebriti terkenal Hong Kong hulur sumbangan

Louis Khoo
Louis Khoo
A
A
A

HONG KONG - Pelakon Hong Kong terkenal, Louis Koo dilaporkan telah mendermakan kira-kira RM5.85 juta untuk membantu menangani krisis wabak koronavirus di Wuhan, China.

Pelakon berusia 49 itu dilaporkan memberi sumbangan berkenaan bagi pembelian berkaitan perubatan bagi menangani penularan virus berkenaan.

Selain Koo, selebriti terkenal lain yang turut tampil menghulurkan sumbangan termasuk Huang Xiaoming dan Angelababy.

Jumaat lalu, Badan Pembasmian Kemiskinan Siyuan dalam kenyataan melalui Weibo, pasangan selebriti berkenaan telah menyumbangkan RM117,000 (200,000 yuan) bagi membiayai pembelian topeng untuk kakitangan perubatan di Wuhan.

Huang berkata, ketika krisis melanda China, kakitangan perubatan adalah pahlawan di dalam hati rakyat dan mereka sewajarnya patut dihargai.

Artikel Berkaitan: