X

Kindly register in order to view this article
!

Penduduk terkejut terima risalah 'Pertolongan Dari Atas'

A
A

JELI - Lebih 20 penduduk di dua buah kampung di sini terkejut menerima risalah 'Pertolongan Dari Atas' didakwa cubaan menyebar agama Kristian di kampung masing-masing.

Risalah terbabit dipercayai diedarkan di Kampung Lakota dan Gunung Reng pada waktu malam oleh individu tidak dikenali.

Menurut penduduk Gunung Reng, Norhaidayu Mat, 33, dia menyedari mengenai risalah terbabit setelah menemuinya di hadapan rumah, namun mengakui terkejut setelah membaca kandungan tersebut sebelum bertindak membakarnya.

"Pertama kali saya menerima edaran ini dan amat terkejut kerana ada pihak yang begitu berani menyebarkan agama dan dakyah mereka.

"Saya terus membakar kerana bimbang jika anak-anak membacanya. Mungkin agihan dibuat pada waktu malam.

Penduduk dan ahli jawatankuasa masjid di kampung tersebut membuat laporan di balai polis petang ini.
Penduduk dan ahli jawatankuasa masjid di kampung tersebut membuat laporan di balai polis petang ini.

"Ia amat membimbangkan sekiranya risalah ini jatuh ke tangan anak-anak dengan perkara-perkara yang menyesatkan," katanya.

Imam Masjid Lakota, Che Hashim Mohamad, 60, ketika dihubungi mengakui mengenai perkara itu dan memberitahu ia merupakan kejadian pertama di kampung berkenaan.

Katanya, beliau turut dimaklumkan penduduk mengenai perkara tersebut dan laporan polis turut dibuat hari ini.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Zulkifle Ab Rahman ketika dihubungi memaklumkan, buat masa ini pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan berhubung kejadian.