X

Kindly register in order to view this article
!

Teruja miliki dua ekor ayam berkaki empat

Ruszilawati (tengah) menunjukkan ayam kaki empat miliknya yang ditemui beberapa minggu lalu.
A
A

MARAN - Bukan satu tapi dua ekor ayam daging ternakan milik seorang pengusaha ayam daging di Felda Seri Pagi Jengka 17 di sini ditemui berkaki empat.

Pengusaha terbabit, Ruszilawati Othman, 32, berkata, ayam itu dilihat seorang pekerjanya yang mahu menyembelih untuk tujuan barbeku beberapa minggu lalu.

Menurutnya,setiap bulan dia dan suami akan menganjurkan barbeku untuk enam pekerja dan keluarga mereka sebagai menghargai khidmat serta mengeratkan silaturahim.

"Selama 11 tahun saya menjadi pengusaha ayam, inilah kali pertama saya berjumpa ayam berkaki empat. Memang terkejut dan teruja sebab dapat melihat sendiri depan mata.

"Ayam itu kini berusia 40 hari tetapi jika diteliti ia seperti cacat. Bagaimanapun kami anggap dua ayam ini istimewa dan jarang ditemui," kata.

Ujarnya, selepas penemuan ayam istimewa itu diketahui masyarakat setempat, ramai yang teruja dan datang untuk melihat sendiri ayam terbabit.

"Saya tidak sampai hati menyembelihnya dan menempatkannya di reban khas untuk tatapan orang ramai.

"Buat masa ini kami akan menjaganya namun jika ada tawaran menarik untuk membelinya, mungkin saya bersedia menjualnya," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Selepas penemuan ayam istimewa itu diketahui masyarakat setempat, ramai yang teruja dan datang untuk melihat sendiri ayam terbabit.
Selepas penemuan ayam istimewa itu diketahui masyarakat setempat, ramai yang teruja dan datang untuk melihat sendiri ayam terbabit.

Bagaimanapun menurut Ruszilawati, ayam itu pernah hilang beberapa hari lalu tetapi ditemui semula selepas dia uar-uarkan untuk memberi saguhati RM100 kepada mereka yang dapat mengembalikannya.

"Dua ekor ayam itu dikembalikan pada pagi keesokannya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf