Tahniah, syabas anakanda pelajar SMK Pdg Midin

A
A
A

SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri lahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Pdg, Midin, Kuala Terengganu.

Ucapan itu dizahirkannya susulan gambar pelajar itu bersama kerbau menarik perhatian dan memukau pandangan beliau.

Katanya, rasa kagum dan terpana ketika melihat gambar-gambar manusia dengan haiwan lebih-lebih lagi remaja dengan puluhan kerbau yang begitu akrab dan intim.

"Perasaan halus masing-masing yang dijelmakan dengan perbuatan kebersamaan seolah-olah zahir sebuah rahmah antara manusiawi dan haiyawani," katanya yang mengulas gambar viral seorang pelajar bersama kerbau, di media sosial hari ini.

Katanya lagi, "sesungguhnya gambar yang bersifat kampungan dan 'alami mengingatkan usul asal orang kampung dan desa bersamanya sawah bendang, lembu kerbau dan pohon kayu yang menghijau melatari fitrah kemanusiaan bagi masyarakat kampung Melayu,".

No Image Caption

Menurut beliau lagi, rasa kedamaian, ketenangan dan kegembiraan tidak dapat ditafsirkan oleh benda dan harta tetapi oleh perasaan kasih sayang dan rahmat.

"Sesungguhnya kehidupan dinilai dengan perasaan yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah sebagai tanda kebesaran ayat Tuhan dalam membina keluarga seperti yang termaktub dalam surah Ar-Rum ayat 21," katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Difahamkan gambar pelajar berkenaan itu diambil di Terengganu, kerbau-kerbau berkenaan merupakan kerbau peliharaan ayahnya.

Difahamkan jurufoto yang mengambil gambarnya telah memenangi 20 gambar terbaik dunia dan juara peringkat Asia.

Tahniah sekali lagi kerana gambar yang membawa kepada kemenangan. Saya ucapkan Syabas & Tahniah!

Kredit buat jurufoto : Dollah Deen Photography

No Image Caption