Lagi roket dibedil di Kedutaan AS di Baghdad

Salah satu roket mengenai kafeteria di Kedutaan AS di Baghdad tersebut. - Foto Agensi
Salah satu roket mengenai kafeteria di Kedutaan AS di Baghdad tersebut. - Foto Agensi
A
A
A

BAGHDAD - Tiga roket dilancarkan ke atas Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baghdad semalam di tengah-tengah protes antikerajaan yang semakin meningkat di negara itu.

Salah satu daripada roket tersebut didakwa turut mengena kafeteria di premis tersebut yang terletak di zon hijau yang turut menempatkan kedutaan asing dan bangunan kerajaan, manakala dua lagi jatuh di kawasan berhampiran.

Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan seorang individu turut mengalami kecederaan ringan.

“Kami menggesa Iraq supaya mematuhi kewajipan mereka untuk melindungi kemudahan diplomatik kami,” tegasnya.

Difahamkan, ia adalah serangan ketiga ke atas Kedutaan AS di Iraq dalam tempoh sebulan, namun ia adalah pertama kali kompleks terbabit diserang secara terus.

ARTIKEL BERKAITAN: Tentera AS sambung operasi di Iraq

Perdana Menteri Iraq, Adel Abdel Mahdi dan Speaker Parlimen, Mohammed Halbusi turut mengecam kejadian serangan tersebut.

Sejak awal bulan lalu, Iraq telah terperangkap dalam konflik antara AS dan Iran susulan insiden pembunuhan komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral Qasem Soleimani. - AFP

Artikel Berkaitan: