Langkah mudah kurangkan risiko jangkitan koronavirus

Orang ramai disyorkan menggunakan topeng mulut sebagai langkah pencegahan.
Orang ramai disyorkan menggunakan topeng mulut sebagai langkah pencegahan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menghampiri angka 80 kematian di China akibat wabak koronavirus, setiap individu harus tahu bagaimana langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan virus tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan agar setiap individu mengambil langkah berjaga-jaga berikutan setakat ini tiada penawar dijumpai.

Antara langkah mudah yang perlu dijadikan rutin setiap individu adalah kerap mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman berasaskan alkohol atau air suam dan sabun, selain disaran menutup mulut dan hidung dengan sapu tangan atau tisu ketika bersin atau batuk.

Selain itu, elakkan daripada mendekati individu tidak sihat seperti demam dan batuk.

Segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan awal sekiranya mempunyai simptom koronavirus iaitu demam, batuk dan kesukaran bernafas selain mempunyai sejarah perjalanan ke lokasi terjejas wabak berkenaan.

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF

Anda juga haruslah mengelak diri daripada memakan haiwan mentah dan separuh masak selain tidak bersentuhan dengan haiwan.

Artikel Berkaitan:

Penggunaan topeng mulut juga dapat mengurangkan risiko penyebaran virus melalui udara.

Terdapat beberapa bukti menunjukkan bahawa topeng boleh membantu menghalang penyebaran virus dari tangan ke mulut memandangkan setiap individu menyentuh muka mereka sebanyak 23 kali setiap jam.

Salah seorang pakar dari St George's University of London, Dr David Carrington berkata, penggunaan topeng pembedahan yang sering kali digunakan oleh orang awam bukanlah perlindungan berkesan terhadap virus atau bakteria kerana ia longgar selain tiada pengaliran udara.

Bagaimanapun katanya, topeng boleh membantu mengurangkan risiko terkena virus melalui 'percikan' bersin atau batuk.