45 artis dikenal pasti terlibat pelacuran online

Dua pelacur ditahan polis. - Detik.com
Dua pelacur ditahan polis. - Detik.com
A
A
A

SURABAYA - INDONESIA. Polis mengenal pasti 45 nama artis terlibat dalam rangkaian pelacuran dalam talian.

"Mereka berusia bawah 30 tahun, boleh dikatakan sebagai artis dan model baharu," kata Pesuruhjaya Polis Daerah Jawa Timur, Akhmad Yusep Gunawan, ketika dihubungi AFP.

Daripada jumlah itu, lima artis itu terlibat dalam aktiviti pelacuran bersama dua dalang iaitu Endang Siska dan Tentri yang dicekup lebih awal.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerap pamer kemewahan di media sosial, rupa-rupanya.....]

Ketua Inspektor Jeneral Daerah Jawa Timur, Luki Hermawan, berkata, masing-masing di bawah AC, TP dan BS yang merupakan model manakala di bawah ML dan RF dalam kalangan artis.

"Lima individu itu akan dipanggil dalam masa terdekat," katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan penahanan dua artis Indonesia pada Ahad lalu, polis republik itu memaklumkan bahawa pihak berkuasa sedang memburu 45 artis lagi yang turut disyaki melakukan aktiviti pelacuran dalam talian.

Heboh di media sosial penahanan dua artis wanita Indonesia yang ditahan di Surabaya.

Artikel Berkaitan:

Mereka adalah pelakon Vanessa Angel dan model dikenali sebagai Avriellia Shaqqila.

Siasatan awal mendapati Avriellia mengenakan bayaran 25 juta rupiah (RM7,243) manakala bayaran dikenakan Vanessa pula ialah 80 juta rupiah (RM23,178). - Detik.com