Koronavirus: Jururawat wanita cukur rambut elak jangkitan

Jururawat Hospital Renmin dari Universiti Wuhan, Shan Xia mencukur rambut panjangnya untuk memudahkan tugas selain mahu mengelakkan jangiktan silang akibat wabak koronavirus, Foto China Daily
Jururawat Hospital Renmin dari Universiti Wuhan, Shan Xia mencukur rambut panjangnya untuk memudahkan tugas selain mahu mengelakkan jangiktan silang akibat wabak koronavirus, Foto China Daily
A
A
A

WUHAN – Seorang jururawat di Hospital Renmin Universiti Wuhan bertindak mencukur rambutnya bagi memudahkannya bertugas ketika wabak koronavirus sedang menular di seluruh dunia.

Shan Xia, 30, berkata tindakan tersebut juga bagi mengelakkan jangkitan silang di samping dapat menjimatkan masa apabila mahu memakai dan menanggalkan pakaian perlindungan diri, lapor China Daily yang memetik sumber.

Sementara itu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, satu kumpulan ditubuhkan terdiri daripada 959 pekerja perubatan membabitkan tujuh wilayah dan bandar menuju ke Wuhan, pusat epidemic koronavirus.

“Pasukan tersebut terdiri dari Henan, Jilin, Shanxi dan Shaanxi serta Majlis Perbandaran Tianjin dan Chongqing. Di samping itu lebih ramai pasukan perubatan sedang bersedia untuk ke Wuhan,” katanya.

Dalam pada itu, suruhanjaya itu juga berkata, tujuh kumpulan telah dihantar ke Beijing, Hebei, Shanghai, Henan, Hunan, Guangdong dan Sichuan bagi menyelia sistem pentadbiran bertujuan membendung penyebaran wabak koronavirus.

“Kumpulan itu akan menumpukan perhatian kepada kerja-kerja pemantauan epidemik, rawatan perubatan, pencegahan dan kawalan epidemik oleh komuniti dan institusi perubatan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: China haram jual daging hidupan liar

Sementara itu, Kerajaan China telah mengharamkan penjualan daging hidupan liar dalam usaha mengekang wabak koronavirus daripada tersebar.

Artikel Berkaitan:

Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan pihak berkuasa kesihatan, dipercayai virus tersebut mula muncul melalui binatang eksotik yang dijual di pasar makanan laut, bandar Wuhan.

Kebanyakan bandar di China kini mewajibkan kesemua penduduk mereka memakai topeng muka di tempat awam sebagai langkah mencegah penularan koronavirus tersebut. - Foto AFP
Kebanyakan bandar di China kini mewajibkan kesemua penduduk mereka memakai topeng muka di tempat awam sebagai langkah mencegah penularan koronavirus tersebut. - Foto AFP

Berdasarkan laporan sumber melalui Xinhua, virus baharu itu kini mula tersebar yang telah meragut 80 nyawa di China dan 2,500 kes telah dilaporkan di seluruh dunia.

“Sebarang bentuk perdagangan hidupan liar akan dilarang sepenuhnya pada semua platform termasuk di pasar, tempat makan dan juga platform e-dagang.

“Sekatan penjualan itu berkuat kuasa semalam dan akan berterusan sehingga berakhirnya virus tersebut daripada menjangkiti manusia," katanya.

Dalam pada itu, kerajaan mengarahkan semua tapak yang menjual haiwan liar untuk dikuarantin di samping melarang pengangkutan penjual agar peniaga berdegil tidak dapat menjual haiwan liar demi keuntungan diri sendiri.

“Mana-mana premis peniagaan yang melanggar larangan itu akan ditutup dan jika serius, kita akan serahkan kepada pihak polis kerana ia satu perbuatan jenayah

“Kerajaan tempatan harus meningkatkan pengawasan untuk mencegah pelanggaran larangan itu dan orang awam harus menyedari risiko kesihatan memakan haiwan liar," katanya.