Koronavirus: Sekolah adakan solat hajat

Sekolah- sekolah di Johor disaran mengadakan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada wabak koronavirus.
Sekolah- sekolah di Johor disaran mengadakan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada wabak koronavirus.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Solat hajat bagi memohon perlindungan dari jangkitan wabak koronavirus akan diadakan di semua sekolah di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata, solat hajat khas itu bertujuan mendoakan keselamatan murid, guru dan seluruh rakyat Johor daripada dijangkiti virus berkenaan.

Katanya, semua sekolah berasrama boleh melaksanakan solat hajat ini setiap hari selepas solat Maghrib.

"Bagi sekolah harian biasa waktu solat hajat mengikut kesesuaian masa yang ditentukan pihak pengurusan.

"Semua sekolah juga diminta merujuk doa khusus yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor sebagai panduan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: