Statistik koronavirus setakat ini

Dr Dzulkefly (tengah) melihat skrin Pusat Pemantauan Saringan Suhu Badan bagi mengesan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang berfungsi 24 jam di Terminal Ketibaan KLIA hari ini. -Foto Bernama
Dr Dzulkefly (tengah) melihat skrin Pusat Pemantauan Saringan Suhu Badan bagi mengesan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang berfungsi 24 jam di Terminal Ketibaan KLIA hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berikut ialah statistik daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semasa persidangan media selepas melakukan lawatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 hari ini.

- Tidak ada ketibaan pelancong dari Wuhan, China sejak 23 Januari, hari yang sama pihak berkuasa China menguatkuasakan pelaksanaan menutup bandaraya itu bagi penularan wabak koronavirus.

- Jumlah positif Wuhan koronavirus sehingga Ahad (26 Januari) kekal empat.

- Kes menunggu - mereka yang masih menunggu keputusan makmal - seramai lima orang, kesemua melibatkan warga China. Dua orang di Langkawi, dua di Kuala Lumpur dan terbaharu di Bintulu, Sarawak.

- Kes kumulatif bagi orang yang disyaki terjejas dengan Koronavirus setakat ini ialah 38 orang dengan satu disahkan positif, 32 negatif, dan lima masih menunggu keputusan makmal (kes di Langkawi, Kuala Lumpur dan Bintulu).

- Setakat jam 3.00 petang ini, 164,692 pengunjung telah melalui pemeriksaan imbasan di pusat kemasukan negara dengan sembilan pengunjung dirujuk untuk imbasan lanjut tetapi tidak seorang pun daripada mereka memenuhi kriteria Pesakit Di Bawah Siasatan bagi koronavirus.- Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia tidak lagi terima pelancong Wuhan

Koronavirus: Empat individu dikenal pasti sebar berita palsu

Artikel Berkaitan: