Koronavirus: Anwar adakan solat hajat

Anwar (tiga dari kiri) ketika mengadakan solat sunat hajat di kediamannya malam tadi.- Foto Facebook Anwar Ibrahim.
Anwar (tiga dari kiri) ketika mengadakan solat sunat hajat di kediamannya malam tadi.- Foto Facebook Anwar Ibrahim.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan solat hajat di kediamannya di sini malam tadi bagi mendoakan Malaysia terselamat dan disisihkan daripada wabak koronavirus.

“Semoga usaha kecil ini dapat membebaskan Malaysia daripada wabak koronavirus yang berlaku ketika ini,” kata Anwar.

Selain solat hajat, majlis ilmu turut diadakan dengan dihadiri kira-kira 100 orang.

Setakat jam 3 petang ini, seramai 81 orang dilapor meninggal dunia di China dan lebih 2,700 orang disahkan positif koronavirus.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM sahkan satu suspek terbaharu koronavirus

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung seorang warga China yang bekerja di Bintulu, Sarawak mempunyai simptom koronavirus.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, wanita tersebut sedang dikuarantin di Hospital Bintulu.

"Setakat ini kita masih menunggu keputusan ujian makmal," katanya.

Menurutnya, dengan laporan itu, jumlah terkini suspek koronavirus yang dirawat di hospital adalah lima orang.

Artikel Berkaitan:

"Dua kanak-kanak dirawat di Hospital Langkawi dan dua lagi di Hospital Kuala Lumpur," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan KLIA2 hari ini.