X

Kindly register in order to view this article
!

Koronavirus: Kelantan perketat saringan pintu masuk negeri

Koronavirus
Koronavirus
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Kelantan memperketat proses saringan awal bagi mengesan individu yang disyaki mempunyai simptom 2019 novel koronavirus (2019-nCoV).

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata pihaknya menempatkan empat alat pengesan haba di empat pintu masuk utama di sempadan Malaysia-Thailand termasuk Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini.

“Kita menempatkan alat pengesan haba itu juga di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) iaitu di Bukit Bunga, Tanah Merah; Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Kubor, Tumpat.

“Pegawai yang ditempatkan di keempat-empat pintu masuk itu akan menyaring mana-mana individu yang masuk ke negeri ini dan sekiranya ada individu yang mempunyai tanda-tanda klinikal, pegawai perubatan yang bertugas akan menentukan sama ada mereka akan dirawat atau perlu dimasukkan ke wad,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata tumpuan utama saringan membabitkan individu yang datang dari kawasan yang mempunyai kes koronavirus itu terutama di LTSIP memandangkan terdapat penerbangan terus dari Singapura ke Kota Bharu ketika ini.

Dalam perkembangan sama, Dr Zaini berkata pihaknya juga mengagihkan kad nasihat kepada orang ramai supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami simptom berkaitan virus berkenaan.

Bagaimanapun tiada sebarang kes berhubung jangkitan koronavirus dilaporkan berlaku di Kelantan setakat ini. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus