Konsert Digital Bombastik CTDK, hadiah hari jadi

Datuk Sri Siti Nurhaliza
A
A

SEMPENA hari ulang tahun kelahiran penyanyi tersohor Datuk Sri Siti Nurhaliza esok, Hot FM akan menyajikan konsert digital Bombastik CTDK yang akan bermula pada jam 9.00 hingga 10.30 malam di FB Live Hot FM.

Konsert istimewa ini adalah sebagai tanda penghargaan stesen radio tersebut terhadap kerjaya seni Datuk Siti selama ini.

Penonton bakal menyaksikan Kugiran Masdo, Neon, Andi Bernadee, Floor 88, Eza Edmond dan Sarah Suhairi menyanyikan semula lagu-lagu Datuk Siti daripada album pertamanya, Siti Nurhaliza (1996) sehinggalah terkini.

Nantikan lagu apa yang bakal dipersembahkan oleh barisan artis jemputan di konsert digital Bombastik CTDK yang akan dihoskan oleh penyampai stesen radio Hot FM iaitu Fizie, Deen dan Ammar.

Kepada pendengar setia Hot FM dan peminat tegar Datuk Siti, jangan lepaskan peluang untuk menonton Konsert Digital Bombastik CTDK malam esok dan sama-sama meraikan hari istimewa ini.