Seronok beli barang tak payah guna duit tunai

Penggunaan tanpa tunai diperluas di pasar. - Foto Bernama
Penggunaan tanpa tunai diperluas di pasar. - Foto Bernama
A
A
A

SEJAK e-dompet diperkenalkan, rakyat Malaysia tiba-tiba menjadi pintar kerana sudah mampu berurus niaga hanya melalui hujung jari.

Dengan menggunakan telefon pintar sendiri, setiap pembelian selesai lebih cepat dan mudah.

Asalkan e-Dompet ada wang, tidak kiralah mahu beli barang berharga RM1 ataupun RM100, semuanya boleh dibereskan.

Bagi sesetengah pengguna, mereka rasa cukup selamat guna e-dompet ini. Sebabnya, mereka tidak perlu bawa banyak wang tunai dalam dompet.

Hari ini, e-dompet digunakan secara meluas di bandar-bandar utama. Mungkin dalam beberapa tahun akan datang, orang kampung juga tidak ketinggalan.

Mereka pun mahu hidup dalam urus niaga digital. Di China sebagai contoh, rakyatnya sudah jarang lihat wang tunai depan mata. Yang diurus niaga hanyalah melalui nombor.

Tidak kiralah pekedai runcit di kaki lima, penjaja di pasar pagi sehinggalah kepada penjual burger di tepi jalan, mereka sudah jarang terima wang kertas daripada pelanggan.

Dilaporkan, sejak e-dompet diperkenalkan hampir sebulan lalu di negara kita, perniagaan di pusat beli-belah, restoran dan gerai makan semakin rancak dan ramai pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Apakah rakyat kita sudah mula seronok pakai e-dompet? Barangkali ada munasabahnya. Lebih-lebih lagi banyak syarikat menawarkan bayaran balik sehingga RM5 kepada pelanggan.

Tidak hairanlah sekarang pelbagai diskaun ditawarkan kepada pengguna e-dompet. Orang yang jarang makan di luar kini sudah mahu pergi ke restoran yang ada beri diskaun bila bayar dengan e-dompet.

Penggunaan e-dompet tentu akan merangsangkan aktiviti perniagaan, namun bagi pengguna mereka perlulah berhati-hati.

Berbelanjalah mengikut kemampuan walaupun seronok tidak perlu keluarkan wang daripada dompet tetapi wang di bank sudah pun ditolak dalam sekelip mata!