X

Kindly register in order to view this article
!

Bill Gates pernah ramal kemunculan super virus

Bill Gates
Tahun lalu Bill Gates meramalkan kemunculan super virus yang mampu membunuh 30 juta manusia dalam masa enam bulan.
A
A

KUALA LUMPUR - Pengasas syarikat komputer terbesar dunia Microsoft, Bill Gates pada April 2018 pernah meramalkan kemunculan satu super virus yang mampu membunuh 30 juta manusia dalam masa enam bulan.

Gates yang ketika itu bercakap pada Persidangan Pertubuhan Perubatan Massachusetts berkata, seluruh dunia perlu membuat persiapan dan bersedia bagi menghadapi super virus ini jika ia berlaku.

“Ada sesetengah kawasan di dunia ini tidak bersedia menghadapi wabak. Dalam isu ancaman biologi, semua pihak seolah-olah tiada perasaan mendesak.

“Dunia seharusnya bersedia menghadapi wabak besar seperti mana mereka bersedia menghadapi perang,” katanya.

Gates turut menjadikan contoh kajian dari Institut Simulasi Penyakit di mana ia menunjukkan super virus ini boleh merebak dengan cepat sekiranya kerajaan dunia tidak bersedia.

Lebih menarik lagi, simulasi penyebaran wabak itu turut menjadikan China sebagai latar belakang dan dengan pantas super virus ini merebak ke seluruh dunia.

Dalam perkembangan sama, wabak koronavirus yang melanda China sudahpun meragut 56 nyawa dan lebih 2,000 orang disahkan positif.

Kelmarin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih enggan mengumumkan kecemasan global kerana menganggap wabak koronavirus di China masih di peringkat awal.

Setakat ini, lebih 36 juta penduduk di wilayah Hubei, China dihalang keluar masuk dan lebih banyak bandar dijangka akan ditutup.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus