X

Kindly register in order to view this article
!

Atilia, Yasmin Hani & The Lola akur tersingkir

Atilia & The Lola gagal menarik undian peminat dan hanya mendapat 4.5 peratus (%), manakala juri profesional memberi markah 61.83%. - Foto Instagram Atilia
A
A

SETELAH empat kali berada di kedudukan 'bottom 3', Atilia, Yasmin Hani & The Lola terpaksa akur apabila tersingkir daripada program Dansa Dan Sing (DDS) apabila diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir pada minggu keempat konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam malam ini.

Walaupun mendapat pujian juri tetap yang menyifatkan mereka ada peningkatan, namun Atilia & The Lola gagal menarik undian peminat dan hanya mendapat 4.5 peratus (%), manakala juri profesional memberi markah 61.83%.

Menerusi minggu yang bertemakan 'Ekspresi Emosi' itu, Atilia membuat persembahan bersama penari iringan atau troopers, The Lola tanpa Yasmim Hani menyampaikan lagu River, nyanyian asal Bishop Briggs.

Antara lain yang berada di kedudukan tiga terbawah adalah Arja Lee bersama Wani Kayrie dan terselamat untuk meneruskan saingan pada minggu keempat bersama Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris dan Raja Syahiran.

DDS yang menggabungkan elemen dinamik seni tari dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Datuk AC Mizal selaku juri jemputan.

Kesemua peserta bertanding diadili menerusi format penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu markah juri profesional dan undian penonton secara online.

Bagaimanapun markah daripada juri profesional menyaksikan penilaian 70% untuk persembahan tarian, manakala 30% lagi daripada aspek nyanyian.

DDS yang dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam.