Koronavirus: China guna ubat rawat virus HIV

Pihak berkuasa kini melakukan pemeriksaan suhu tubuh untuk mengenal pasti individu yang dijangkiti koronavirus tersebut. - Foto Agensi
Pihak berkuasa kini melakukan pemeriksaan suhu tubuh untuk mengenal pasti individu yang dijangkiti koronavirus tersebut. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - China menggunakan ubat dihasilkan AbbVie Inc untuk merawat virus HIV sebagai rawatan ad-hoc untuk pneumonia yang disebabkan oleh koronovirus baharu yang merebak dengan cepat.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) cawangan Beijing memaklumkan kombinasi lopinavir dan ritonavir yang dijual di bawah jenama Kaletra oleh AbbVie adalah sebagai sebahagian daripada pelan rawatan untuk pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

NHC menjelaskan masih tiada ubat antiviral yang efektif untuk merawat koronavirus terbabit dan mereka menyarankan pesakit diberi dua pil lopinavir dan ritonavir dua kali sehari dan dos alpha-interpheron melalui penebula dua kali sehari.

Jumaat lalu, jurnal perubatan Lancet memaklumkan percubaan klinikal masih dijalankan terhadap penggunaan ubat terbabit manakala Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China menyatakan ia mula menghasilkan vaksin untuk merawat koronavirus tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: