Jiran mati punca bau busuk

Punca bau busuk yang mencurigakan dari sebuah rumah di tingkat 14 Flat Sri Selangor akhirnya terjawab.
Punca bau busuk yang mencurigakan dari sebuah rumah di tingkat 14 Flat Sri Selangor akhirnya terjawab.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Punca bau busuk yang mencurigakan dari sebuah rumah di tingkat 14 Flat Sri Selangor akhirnya terjawab apabila siasatan polis membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dipercayai mati mengejut.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, mayat lelaki berusia 59 tahun itu ditemui selepas jiran mangsa membuat laporan polis berkenaan bau busuk.

"Pasukan polis yang tiba di lokasi berkenaan terpaksa meminta bantuan pasukan bomba untuk memecahkan pintu rumah sebelum kita menjumpai mayat seorang lelaki.

"Keadaan mayat ketika ditemui tidak berbaju dan berseluar pendek, dalam keadaan terlentang di penjuru rumah. Pemeriksaan tubuh dibuat mendapati tiada kesan unsur-unsur jenayah.

"Mayat kemudiannya dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur dan semakan rekod kesihatan si mati mendapati mempunyai rekod sejarah darah tinggi yang kronik. Doktor juga mengesahkan si mati meninggal kerana komplikasi darah tinggi," katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, pihak polis telah menghubungi waris yang juga saudara kepada mangsa untuk pengesahan identiti.

Katanya, menurut waris mangsa, si mati yang tinggal bersendirian telah bercerai dan mempunyai seorang anak bekerja di Perak.

"Warisnya mengesahkan si mati tinggal sorang diri di rumah tersebut dan kali terakhir berjumpa si mati lebih kurang dua minggu lepas.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga dimaklumkan si mati ada memberitahu yang dia ada penyakit darah tinggi dan sudah buat rawatan sejak dua tahun lepas," katanya.