Ahmad guna pengalaman 20 tahun berpolitik

Ahmad Ahem menunjukkan borang pencalonan sebelum menyerahkannya ke Jawatankuasa Pemilihan Parti Bahagian di Pejabat Bersatu Simpang Renggam hari ini.
Ahmad Ahem menunjukkan borang pencalonan sebelum menyerahkannya ke Jawatankuasa Pemilihan Parti Bahagian di Pejabat Bersatu Simpang Renggam hari ini.
A
A
A

KLUANG - Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Simpang Renggam bakal mencabar Dr Maszlee Malik pada pemilihan Ketua Bersatu Bahagian Simpang Renggam.

Ahmad Ahem, 62, dilihat tampil menyerahkan borang pencalonan Ketua Bahagian di Pejabat Bersatu Simpang Renggam dekat sini hari ini.

Beliau ketika ditemui mengakui lawannya yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam bukan calang-calang pemimpin, namun beliau yang mempunyai pengalaman politik sejak berusia 20 tahun menganggap ia sebagai cabaran buatnya untuk melakukan yang terbaik buat parti.

"Apa yang ahli akar umbi perlukan adalah pemimpin yang buat kerja khususnya dalam memartabatkan parti termasuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Maszlee hasrat tandingi Ketua Bahagian Bersatu Simpang Renggam

Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan turut hadir menyerahkan borang pencalonan, namun enggan mengulas mengenai hasratnya untuk bertanding pada pemilihan kali ini.

Sementara itu Ahmad berkata, seramai 997 ahli Bersatu daripada 10 cawangan di Bahagian Simpang Renggam akan membuat pemilihan Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian serta ahli jawatankuasa masing-masing pada 15 Februari ini.

Bagi jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bahagian, Ahmad Waliyuddin Razali bakal menentang Aiman Azri Hassan, manakala calon Ketua Srikandi, Rosmawati Mohamad akan berhadapan dengan Faridah Jamali.

Artikel Berkaitan: