X

Kindly register in order to view this article
!

'Lelaki itu bukan curi motosikal'

klj
A
A

KLUANG - Polis Diraja Malaysia menafikan dakwaan yang mengatakan remaja lelaki yang diikat tangan di sebuah pusat membeli belah di daerah Kluang kerana mencuri motosikal seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, remaja lelaki itu telah ditangkap oleh orang awam kerana mencuri di dalam pusat membeli belah tersebut.

"Ini bukan kes curi motosikal, remaja lelaki itu mencuri dalam pusat membeli belah. Selepas ditangkap oleh orang awam dia diserahkan kepada polis.

"Kebetulan ada anggota polis ada berdekatan kawasan kejadian di situ. Kes masih dalam siasatan polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Abduh juga meminta orang awam tidak berkongsi atau menyebar maklumat yang salah kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Semalam tular gambar sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan seorang remaja lelaki yang diikat tangan di sebuah pusat membeli belah di daerah Kluang kerana didakwa mencuri motosikal di kawasan berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus