Nadma adakan mesyuarat tergempar bincang isu koronavirus

Wan Azizah -Foto Bernama
Wan Azizah -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Satu mesyuarat tergempar di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan diadakan petang bagi membincangkan isu wabak koronavirus.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabatnya di Putrajaya.

Setakat malam tadi, empat kes positif koronavirus telah disahkan dikesan di Malaysia. Keempat-empat kes adalah pelancong dari China yang masuk ke negara ini dari Singapura.

Setakat jam 1 petang ini, seramai 56 pesakit yang menghidapi koronavirus telah meninggal dunia di China. Selain itu lebih 2,000 kes positif koronavirus telah dikesan.

Artikel Berkaitan: