Pas gerakkan kempen kesedaran koronavirus

Gambar hiasan - (Gambar kecil:Abdul Hadi Awang)
Gambar hiasan - (Gambar kecil:Abdul Hadi Awang)
A
A
A

MARANG - Pas akan menggerakkan kempen kesedaran kepada rakyat bagi melindungi kesihatan dan keselamatan susulan wabak jangkitan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengikuti perkembangan itu secara dekat berkata, pihaknya bersiap sedia memberikan bantuan mengikut situasi semasa.

"Saya mengajak semua rakyat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada wabak jangkitan koronavirus ini.

"Seterusnya, kita sama-sama berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar wabak jangkitan ini dapat dibendung dengan segera. Semoga Allah melindungi kita semua," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu lagi kes positif coronavirus di Malaysia menjadikan keseluruhan sebanyak empat kes setakat ini.

Artikel Berkaitan: