Tiga penunggang maut: Fuziah ucap takziah kepada keluarga mangsa

Fuziah Salleh
Fuziah Salleh
A
A
A

KUANTAN - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan yang melibatkan lima motosikal jenis Yamaha 15ZR atau 'Ysuku' di Kilometer 201 arah barat ke Maran Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) malam tadi.

"Malang tidak berbau, saya mengucapkan takziah kepada ketiga-tiga keluarga mangsa dan kepada mangsa yang masih kritikal di zon merah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) saya doakan semoga cepat sembuh.

"Saya amat bersimpati dengan kejadian yang berlaku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, Fuziah turut mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya.

Malam tadi, Sinar Harian melaporkan tiga penunggang maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan lima motosikal 'Ysuku' sedang berkonvoi pulang dari arah Kuantan ke Maran di Kilometer 201 LPT.

Dalam kejadian antara jam 9 dan 9.30 malam itu, mangsa yang maut ialah kontraktor, Azlee Mat Daud, 39; pekerja am, Syamil Nazir, 32, dan pekerja bengkel besi, Muhammad Amirul Faris Abdullah, 25.

Mangsa yang cedera ialah Mohd Issham Sulaiman, 39, dan Mohd Firdaus Shamsudin, 37.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Tiga maut motosikal bergesel sesama sendiri di LPT