Asyraf, Nadiah rangkul johan tilawah al-Quran peringkat negeri

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menyampaikan hadiah kepada Muhammad Asyraf yang merupakan johan qari Tilawah Al-Quran kali ke-64 Peringkat Negeri Johor di Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulai baru-baru ini.
Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menyampaikan hadiah kepada Muhammad Asyraf yang merupakan johan qari Tilawah Al-Quran kali ke-64 Peringkat Negeri Johor di Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulai baru-baru ini.
A
A
A

KULAI - Muhammad Asyraf Hairam Tuan Rosli dan Nadiah Hashim muncul johan qari dan qariah Tilawah al-Quran kali ke-64 Peringkat Negeri Johor Tahun 2020 baru-baru ini.

Muhammad Asyraf Hairam yang mewakili daerah Johor Bahru dan Nadiah yang merupakan johan menunggu tahun lalu masing-masing menerima hadiah wang tunai RM15,000 berserta plak dan hadiah iringan.

Tempat kedua qari tilawah dimenangi Mohammad Zakiuddin Hanafi dari daerah Batu Pahat manakala Muslim Ali yang merupakan johan menunggu pada tahun 2018 di tempat ketiga.

Tempat kedua dan ketiga qariah tilawah pula masing-masing dimenangi oleh Masfirah Hilman dari daerah Kulai dan Nur Farhan Fiffy Hanipah dari daerah Muar dan pemenang tempat kedua masing-masing menerima wang tunai RM10,000 manakala pemenang tempat ketiga menerima wang tunai RM5,000 selain plak dan hadiah iringan.

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah tilawah itu yang diadakan selama tiga hari di Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulai di sini baru-baru ini.

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menyampaikan hadiah kepada Nadiah yang merupakan johan qariah Tilawah Al-Quran kali ke-64 Peringkat Negeri Johor di Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulai baru-baru ini.
Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menyampaikan hadiah kepada Nadiah yang merupakan johan qariah Tilawah Al-Quran kali ke-64 Peringkat Negeri Johor di Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulai baru-baru ini.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu ialah Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Iskandar dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Iskandar.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembanguan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Rofiki Shamsuddin dan Pegawai Daerah Kulai, Mohd Khir Johari Salleh.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Tosrin dalam sembah ucapannya berterima kasih kepada 24 peserta tilawah yang mewakili setiap daerah di Johor serta agensi kerajaan yang terbabit membantu pelaksanaan penganjuran majlis itu.

"Saya mewakili pihak jawatankuasa penganjur optimis bahawa kita di peringkat kerajaan negeri yakin akan dapat meneruskan kegemilangan al-Quran di samping memperkukuhkan jalinan silaturahim di antara satu sama lain.

"Marilah kita sama-sama mempertahankan kesucian akidah dengan memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam, al-Quran dan hadis sebagai panduan yang menyuluh kita sepanjang zaman," katanya.

Pada majlis tersebut juga, daerah Kulai turut dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan mendapat markah 83 peratus sekaligus mengenepikan daerah-daerah lain.