Koronavirus: Jangan biarkan rakyat bayar harga tinggi

Ahmad Zahid (tengah) bersama Abdul Hadi pada sidang media Konvensyen Muafakat Nasional Negeri Perak di Kompleks UMNO Bahagian Bagan Datuk, Sungai Sumun di sini hari ini.
Ahmad Zahid (tengah) bersama Abdul Hadi pada sidang media Konvensyen Muafakat Nasional Negeri Perak di Kompleks UMNO Bahagian Bagan Datuk, Sungai Sumun di sini hari ini.
A
A
A

BAGAN DATUK - Kerajaan perlu memberikan keutamaan terhadap ancaman kesihatan yang terpaksa dihadapi rakyat berikutan penularan koronavirus berbanding kemasukan pelancong warga China ke negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah-langkah membendung kemasukan virus berkenaan masuk ke negara ini melalui kehadiran warga asing amat penting bagi mengelak ia merebak ke dalam negara.

Menurutnya, kemasukan warga asing terutama pendatang tanpa izin ke negara ini menyebabkan penyakit-penyakit untut, kusta dan tibi kembali menular dalam kalangan penduduk di negara ini.

"Saya tahu penyakit-penyakit seperti ini kembali sebab saya pernah menjadi menteri bertanggungjawab. Kita tidak mahu koronavirus ini akan menjadi wabak yang tidak diundang walaupun kita perlu pelancong tetapi langkah-langkah pencegahan mesti dilakukan.

"Kita tidak mahu rakyat Malaysia membayar harga yang tinggi dengan kemasukan tanpa sekatan pelancong-pelancong dengan koronavirus ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Muafakat Nasional Negeri Perak di Kompleks UMNO Bahagian Bagan Datuk, Sungai Sumun di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tidak berhasrat melarang pelancong China memasuki negara ini buat masa ini susulan merebaknya wabak koronavirus di Wuhan, China.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Tiada rancangan larang kemasukan pelancong China

Artikel Berkaitan:

Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri berkata, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelancongan dan agensi berkaitan perlu mengambil langkah-langkah proaktif segera untuk memastikan tahap pencegahan koronavirus lebih ketat.

Hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan tiga daripada lapan warga China yang dikuarantin di Johor Bahru positif koronavirus atau disebut juga Wuhan coronaviru.

Ketiga-tiga pesakit itu, yang diasingkan dan dirawat di Hospital Sungai Buloh adalah keluarga rapat kepada seorang lelaki warga China berumur 66 tahun dari Wuhan, yang tiba di Singapura pada 20 Januari dan disahkan pada 23 Januari sebagai kes pertama di Singapura dengan individu yang sah positif mengalami virus itu.

Ketiga-tiga kes positif itu di Malaysia terdiri daripada isteri pesakit di Singapura, 65, dan dua cucu pasangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga warga China dirawat di Sungai Buloh positif koronavirus