X

Kindly register in order to view this article
!

Suara wanita misteri dalam video mat rempit kemalangan

Antara reaksi netizen yang bersetuju dengan pemuda tersebut yang terbukti suara wanita dapat didengari di dalam video tersebut.
A
A

MASAI – Bisikan halus dipercayai milik suara wanita yang kedengaran dalam satu rakaman video memaparkan gelagat sekumpulan geng motosikal di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor mengundang persoalan dalam kalangan netizen.

Lebih mengundang persoalan apabila perkataan yang disebut oleh wanita misteri itu seolah-olah ada kena mengena dengan kemalangan buruk yang menimpa geng motosikal itu, kebetulan pada hari video itu dirakam oleh seorang pemuda.

Video yang dikongsi menerusi akaun Twitter @rahmankayy itu kini tular di media sosial dan setakat ini sudah meraih 306,300 tontonan dan 18,300 ulang kicau.

Rata-rata netizen sama pendapat, bahawa suara wanita seolah-olah berbisik sambil menyebut perkataan 'iktibar' kedengaran dalam video tersebut. Suara bisikan misteri itu jika diulang dengar sememangnya menyeramkan!

“Peh, suara perempuan itu buat aku seram. Dahlah dengar pakai 'earphone', memang jelas giler bunyi dia wei, bunyi seperti perkataan iktibar. Aku rasa hantu pun bagi peringatan jangan merempit sebab bahaya dan boleh mengundang maut,” tulis @halimant di Twitter.

@SabrinaZaer pula memberitahu “Mula-mula itu tak dengar bila ditatapi memang jelas ada suara perempuan. Seram aku mendengarnya...dia seperti menyebut iktibar. Tak berani nak lalu jalan tersebut tengah-tengah malam lepas ini,”.

Insiden yang meremangkan bulu roma itu dikongsi oleh @rahmankayy melalui laman Twitternya, kini tular di media sosial yang meraih 306,300 tontonan dan 18,300 ulang kicau.
Insiden yang meremangkan bulu roma itu dikongsi oleh @rahmankayy melalui laman Twitternya, kini tular di media sosial yang meraih 306,300 tontonan dan 18,300 ulang kicau.

Dalam pada itu, @rahmankayy atau lebih dikenali sebagai Abdurrahman Kunyu, 22 berkata, dia merakam kejadian tersebut kira-kira jam 3 pagi.

Kemudian dia terkejut selepas diberitahu oleh kakaknya mengenai kehadiran suara misteri itu di dalam video tersebut.

“Pada mulanya saya tak perasan mengenai suara itu tetapi saya dapat banyak DM (direct message). Saya ingatkan mereka tegur suara saya sebab marah budak-budak motor tu sehinggalah kakak saya minta saya dengar (video) semula sehingga saya sebut perkataan 'merempit' dalam video itu.

“Saya mainkan semula video tersebut banyak kali dan kemudian dapati memang jelas kedengaran bisikan itu. Pada mulanya saya dengar suara itu seperti menyebut ‘Istighfar tapi nak lebih kepastian saya muat naik ke Twitter.

“Ramai yang komen mereka dengar perkataan 'iktibar' disebut oleh suara itu. Kemudian baru saya teringat suara 'iktibar' itu seolah-olah ada kena mengena dengan situasi budak-budak motosikal itu kerana mereka dilaporkan terlibat kemalangan pada hari itu," katanya kepada Sinar Harian.

Bisikan halus menyeramkan menyerupai suara wanita dapat didengari dalam satu rakaman gelagat sekumpulan motosikal di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor mengundang persoalan di kalangan netizen.
Bisikan halus menyeramkan menyerupai suara wanita dapat didengari dalam satu rakaman gelagat sekumpulan motosikal di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor mengundang persoalan di kalangan netizen.

Dalam pada itu, ayahnya memang pernah memberitahunya bahawa kawasan dalam rakaman itu adalah lokasi panas kerana selalu berlaku kemalangan jalan raya.

Kata Abdurrahman, geng bermotosikal itu juga difahamkan terlibat kemalangan pada hari tersebut.