Dasar Keusahawanan Negara dilancar suku kedua 2019

Mohd Redzuan Md Yusof
Mohd Redzuan Md Yusof
A
A
A

KUALA LUMPUR – Dasar Keusahawanan Negara akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, dasar tersebut akan merangkumi beberapa teras dalam Rangka Kerja Keusahawanan Nasional (NEF) seperti mewujudkan ruang dan peluang untuk semua usahawan.

“Kita menyasarkan beberapa perkara termasuk mewujudkan peluang sebanyak sejuta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

“Dasar ini dijangka dapat meningkatkan sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 41 peratus menjelang 2020,berbanding ketika ini cuma 37 peratus,” katanya ketika ditemui media selepas majlis sepetang bersama Pak Wan di Menara Kembar Bank Rakyat di sini, hari ini.

Mohd Redzuan bagaimanapun mengakui cabaran untuk melaksanakan Dasar Keusahawanan Negara ini sangat besar namun, beliau percaya NEF dapat membantu mencapai sasaran seperti diharapkan.

Dalam majlis tersebut, hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Mohd. Hatta Ramli dan Ketua Setiausaha Pembangunan Usahawan, Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Majlis yang dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara MED dengan agensi media di negara ini dihadiri kira-kira 100 pengamal media daripada pelbagai agensi.

Artikel Berkaitan: