Koronavirus di Ipoh yang tular di media sosial tidak benar

Sistem Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan, (MyCPRC) memaparkan keadaan terkini penularan wabak koronavirus di Malaysia dan seluruh dunia di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) hari ini. - Foto: Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menafikan berita yang tular di media sosial kononnya kes novel koronavirus (2019-nCoV) telah dikesan di Ipoh.

Beliau berkata, cerita di media sosial kononnya seorang pelajar dari Wuhan yang kembali ke Malaysia dan telah dimasukkan wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kerana positif 2019-nCoV adalah tidak benar.

Katanya, keputusan ujian makmal IMR mengesahkan negatif untuk 2019-nCoV.

"Saya ingin sarankan agar netizen di media sosial jangan tularkan dan cetuskan berita palsu yang tidak benar atau belum disahkan," katanya dalam laman Facebook hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: