'Pekerja hospital bekerja teruk, bekalan ubat kehabisan'

Angel melalui laman Twitter miliknya meluahkan kebimbangan mengenai wabak koronavirus yang kini sedang merebak di Hubei dan wilayah sekitarnya tetapi bekalan ubat untuk merawat virus tersebut dikatakan telah habis.
Angel melalui laman Twitter miliknya meluahkan kebimbangan mengenai wabak koronavirus yang kini sedang merebak di Hubei dan wilayah sekitarnya tetapi bekalan ubat untuk merawat virus tersebut dikatakan telah habis.
A
A
A

CALIFORNIA – Seorang pengguna Twitter melahirkan rasa bimbang terhadap penularan koronavirus memandangkan terdapat ahli keluarganya yang sedang bekerja di sebuah hospital di Hubei, China.

Kebimbangan tersebut diluahkan oleh Angel melalui laman Twitter miliknya mengenai wabak koronavirus yang kini sedang merebak di Hubei dan wilayah sekitarnya tetapi bekalan ubat untuk merawat virus tersebut dikatakan telah habis.

“Saya baru sahaja telefon keluarga saya. Sejak malam tadi saya tidak dapat tidur. Ada sebahagian keluarga saya sedang bekerja di hospital di Hubei.

“Kini, seluruh bandar dan sebahagian hospital mula kehabisan ubat yang membawa kepada bahayanya kawasan tempat mereka sedang bekerja.

“Saya amat risau keadaan keluarga dan kawan-kawan saya. Saya juga ingin menasihati orang ramai supaya pakai topeng muka jika anda ingin keluar daripada rumah,”katanya melalui video tersebut dalam keadaan menangis.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut kini tular di media sosial yang meraih 35,300 dan 554 tanda suka.

Rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan yang menimpa keluarga Angel dan mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dalam membantu merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus.

“Kuatkan semangat Angel. Banyak berdoa agar keluarga anda selamat di sana. Semoga mereka diberi kekuatan dan saya berdoa agar mereka dipermudahkan dalam membantu mangsa di sana,” tulis @MicehalJohn di Twitter.

Artikel Berkaitan:

@HanaIndiana pula memberitahu “Jangan menangis Angel. Saya rasa keluarga kamu pasti selamat, sebab itu dia menelefon kamu. Kamu jaga diri, kami doakan keluarga anda dalam keadaan yang baik kerana kini dia sedang membantu merawat orang,”.