Polis Sabah akan semak semua permohonan lesen pemilikan raifal

Omar mengedarkan cenderahati berupa risalah kepada para pengguna jalan raya sempena Kempen Bermotosikal, Kembara Memerangi Dadah dan Pencegahan Jenayah serta´Op Selamat 16' bersama Pesuruhjaya Polis Sabah hari ini. - Foto: Bernama
Omar mengedarkan cenderahati berupa risalah kepada para pengguna jalan raya sempena Kempen Bermotosikal, Kembara Memerangi Dadah dan Pencegahan Jenayah serta´Op Selamat 16' bersama Pesuruhjaya Polis Sabah hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

TUARAN - Polis Sabah akan menyemak semua permohonan lesen pemilikan raifal selepas arahan pembatalan senjata api itu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara berperingkat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, langkah itu sebagai menyokong usaha PDRM mengekang kegiatan pemburuan haram di negara ini yang dilihat semakin berleluasa.

"Saya percaya ada kriteria tertentu digunakan sebagai garis panduan sama ada untuk membatalkan lesen pemilik senjata api atau sebaliknya," katanya kepada pemberita pada program kembara bermotosikal sempena kempen memerangi dadah dan pencegahan jenayah serta 'Op Selamat 16' di sini hari ini.

Rabu lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan sebagai berkata bahawa semua lesen pemilikan raifal yang dikenal pasti sebagai senjata api popular untuk pemburu haram akan dibatal secara berperingkat-peringkat.

Sementara itu, Omar berkata, setakat ini sebanyak 356 kes kemalangan jalan raya dicatatkan sepanjang tempoh Op Selamat 16 sempena Tahun Baharu Cina yang bermula pada 18 Januari hingga 2 Februari depan berbanding 413 kes pada operasi yang sama tahun lepas.

Dalam tempoh itu juga katanya, sebanyak dua kes kematian dilaporkan berbanding tiga kes pada tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: