'Tiada majoriti dua pertiga, sukar kerajaan penuhi manifesto'

Dr Mahathir (dua dari kanan) melihat tulisan kaligrafi Cina ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 anjuran Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (DPCKLS) hari ini. - Foto: BERNAMA

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghadapi kesukaran dalam memenuhi tuntutan manifestonya yang memerlukan pindaan undang-undang berkaitan Perlembagaan kerana ia tidak mempunyai dua pertiga majoriti dalam Dewan Rakyat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ya, kita dah lakukan banyak yang kita janji dalam manifesto tapi berkenaan dengan meminda ataupun menggugurkan satu-satu undang-undang, yang ada kaitan dengan Perlembagaan, dia perlu persetujuan dua pertiga daripada dewan (Dewan Rakyat).

"Jadi inilah masalah kita, bukan kita tak nak buat tetapi nak tukar undang-undang kadang-kadang kita kena rujuk kepada Perlembagaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Mahathir (tiga dari kanan) dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali (dua dari kanan) serta Dr Wan Azizah (kanan) menggaul ‘Yee Sang’ semasa hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 anjuran Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.
 - Foto: Bernama

Dr Mahathir mengulas pertanyaan pemberita berhubung beberapa manifesto PH yang masih belum dilaksanakan antaranya penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang mungkin boleh menjejaskan kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) pada tahun ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, usaha kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori yang merupakan antara manifesto PH juga, tidak dipersetujui beberapa pihak.

Artikel Berkaitan:

"Sementara kita nak hapuskan hukuman mati, tapi ada orang yang tak bersetuju kerana ada anggota keluarga mereka telah dibunuh dan sebagainya.

"Jadi kita bukan boleh buat dengan secara mudah perkara ini, ia mengambil masa,” katanya.

Katanya, hal ini juga bersamaan dengan penubuhan IPCMC yang mana jelas beliau ia tidak mudah untuk dilaksanakan. - Bernama