Tinggi sungguh budi pekertimu nak...

Kanak-kanak yang meletakkan tangan di penghadang kerusi dan menjadikannya sebagai bantal untuk keselesaan ibunya yang tertidur di dalam kereta api tersebut.
Kanak-kanak yang meletakkan tangan di penghadang kerusi dan menjadikannya sebagai bantal untuk keselesaan ibunya yang tertidur di dalam kereta api tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan seorang kanak-kanak lelaki memberikan tempat duduk kepada seorang wanita yang sedang membawa bayinya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Tindakan menyentuh hati itu dikongsikan @_SJPeace_ melalui laman Twitter yang memuat naik sekeping gambar memaparkan kanak-kanak tersebut segera bangun apabila melihat wanita tersebut menolak bayinya menggunakan kereta sorong bayi sebelum membenarkannya duduk.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu juga meletakkan tangannya di antara tiang dan kepala ibunya bagi memberi keselesaan kepada ibunya yang tertidur di dalam kereta api tersebut.

“Budak lelaki ini bangun dari tempat duduk untuk diberikan tempat itu kepada seorang wanita bersama bayi di dalam kereta sorong.

“Ketika dia berdiri, ibunya pula tertidur pada tiang besi. Dia ambil beg ibunya dan meletakkan tangannya di antara besi dan ibunya supaya ibunya boleh gunakan sebagai bantal.

“Didikan yang baik daripada ibu bapanya. Ini cara sepatutnya anak lelaki perlu dibesarkan. Anak ini sangat menghormati wanita dan seorang yang lemah lembut,” tulis @_SJPeace_.

Perkongsian kisah yang tidak diketahui di mana lokasi sebenar itu tular di media sosial sehingga meraih 44,600 perkongsian dan 152,000 tanda suka.

Rata-rata netizen kagum dengan keperibadian diri kanak-kanak tersebut yang menyifatkan ibu bapanya memberikan didikan terbaik di samping bijak mencorakkan anak mereka sejak dari kecil lagi.
Rata-rata netizen kagum dengan keperibadian diri kanak-kanak tersebut yang menyifatkan ibu bapanya memberikan didikan terbaik di samping bijak mencorakkan anak mereka sejak dari kecil lagi.

Artikel Berkaitan:

Rata-rata netizen kagum dengan keperibadian kanak-kanak tersebut dan menyifatkan ibu bapanya memberikan didikan terbaik di samping bijak mencorakkan anak sejak kecil lagi.

“Saya setuju kanak-kanak ini sememangnya mempunyai keperibadian dan budi pekerti yang tinggi. Bukan sahaja sangat menghormati ibunya, malah dia menghormati orang lain juga. Jarang nak tengok kanak-kanak yang baik seperti ini,” tulis Janna Kath di Twitter.

Snap Ages pula memberitahu, “Untungnya wanita itu kerana mempunyai seorang anak yang sangat baik. Pandai menghormati ibunya dan juga orang lain. Saya harap kanak-kanak ini akan sentiasa membahagiakan ibunya sehingga dia dewasa kelak,”.