Perintah berkurung di Esszone hingga 26 Jun

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan merangkumi tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan sehingga 26 Januari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata perintah berkurung dari pukul 6.00 petang hingga 6.00 pagi itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terbabit tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik antarabangsa menjalankan penyelidikan dan pelancong asing melawat pulau peranginan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Di samping itu, ia bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat yang berada di kawasan daratan Esszone memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot; serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha calet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan, katanya.

Omar berkata berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan, masih terdapat cubaan untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone bagi mengeluarkan permit kepada pemohon layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: