Jangan campur tangan pemilihan Agong

Hafiz menyerahkan memorandum kepada Abu Bakar di Pejabat Perdana Menteri
Hafiz menyerahkan memorandum kepada Abu Bakar di Pejabat Perdana Menteri
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa memberi jaminan agar tidak berlaku campur tangan eksekutif dalam Majlis Raja-raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong.

Pengarah Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Hafiz Norkhan berkata, ini berikutan banyak khabar angin tentang isu tersebut dan kerajaan perlu segera memberi penjelasan serta pendirian.

"Pendirian kami sebagai profesional muda dan pengamal undang-undang jelas, bahawa Majlis Raja-raja Melayu dan institusi raja mempunyai keistimewaan, hak dan kuasa yang tersendiri dibawah Perlembagaan Persekutuan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tengku Abdullah bakal ditabal Sultan Pahang?]

"Campur tangan pihak eksekutif mahupun ahli-ahli politik dalam urusan ini adalah sesuatu yang tidak wajar," katanya, hari ini

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan Memorandum Menolak Campur Tangan Eksekutif Dalam Urusan Pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-16 kepada Dr Mahathir di Pejabat Perdana Menteri.

Memorandum tersebut diterima oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.

Mengulas lanjut, Hafiz melahirkan rasa gusar dan bimbang kerana banyak pandangan berbentuk hinaan terhadap institusi raja dibuat.

Artikel Berkaitan:

"Ini tidak menyumbang kepada kestabilan dan mampu menggugat keselamatan negara.

"Kami lihat dari pelbagai sudut pandangan dan reaksi rakyat. Setakat hari ini terdapat tiga individu telah menghina institusi raja Berpelembagaan dan dalam hal ini Dr Mahathir perlu buat penegasan," katanya.