Gunung berapi Taal bebaskan asap tebal

Asap putih dibebaskan dari gunung berapi Taal. - Foto AFP
Asap putih dibebaskan dari gunung berapi Taal. - Foto AFP
A
A
A

MANILA - Filipina mencatatkan lebih banyak gegaran di bawah pulau gunung berapi Taal dan mengekalkan amaran letusan boleh berlaku dalam beberapa jam atau hari.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) merekodkan 486 gempa bumi termasuk empat kekerapan yang rendah dalam tempoh 24 jam.

"Peningkatan aktiviti seperti itu menandakan pergerakan berterusan magma di bawah Taal yang mungkin membawa kepada letusan lagi," katanya dalam laporan jam 8 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Menurut Ketua PHIVOLCS, Renato Solidum seperti dilaporkan media tempatan, gunung berapi Taal melepaskan asap putih tebal sekitar jam 5 pagi.

Status amaran kekal di tahap kedua tertinggi dan kawasan berisiko tinggi dalam radius 14 kilometer dari kawah utama dipantau. - Agensi

Artikel Berkaitan: