Wanita jatuh dari tingkat sembilan masih mampu berjalan

Mangsa bangun dan berjalan selepas terjatuh dari ketinggian lebih 27 meter.
Mangsa bangun dan berjalan selepas terjatuh dari ketinggian lebih 27 meter.
A
A
A

MOSCOW - Seorang wanita di bandar Izluchinsk, Rusia dianggap luar biasa kerana masih boleh berjalan selepas terjatuh dari tingkat sembilan setinggi lebih 27 meter.

Menerusi rakaman kamera, mangsa yang berusia 27 tahun itu dilihat tergolek beberapa kali dalam timbunan salji namun masih boleh bangun dan berjalan.

Menurut laporan media tempatan, wanita terbabit kemudiannya meminta bantuan jiran untuk menghubungi ambulans.

Difahamkan, mangsa kini berada di sebuah hospital di kawasan autonomi Khanty-Mansi di barat Siberia.

Doktor mengesahkan wanita itu mengalami lebam dalaman tetapi sangat terkejut kerana tiada tulang yang patah selepas insiden ngeri tersebut.

Pihak berkuasa akan menyiasat punca mangsa terjatuh meskipun laporan menyatakan tiada motif jenayah.

Wanita tersebut juga memberitahu dia keseorangan ketika kejadian itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: