X

Kindly register in order to view this article
!

Keputusan sita duit UMNO Kelantan sudah dijangka: Noor Hariri

Noor Hariri Mohamed Noor
A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Kelantan tidak terkejut berhubung keputusan perlucutan hak wang berjumlah RM32,962.87 milik UMNO Kelantan yang diserahkan kepada Kerajaan Malaysia.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, alasan berkaitan aktiviti penggubahan wang haram adalah lemah sama sekali dan keputusan tersebut seperti sudah dijangkakan berdasarkan rekod pendakwaan sebelum ini yang dianggap bermotifkan politik.

"Pemuda UMNO Kelantan mendesak supaya SPRM tidak melakukan pendakwaan terpilih terhadap pemimpin UMNO Kelantan," katanya.

Menurutnya, ia termasuk terhadap bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad yang semestinya ada kaitan dengan dana-dana sah tersebut.

"Sepatutnya kerajaan boleh juga mendakwa Datuk Seri Mustapa Mohamad yang semestinya ada kaitan dengan dana-dana sah ini ketika memegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan semasa tempoh tersebut,"katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah benar lucut hak lebih RM32,000 daripada UMNO Kelantan

Tegas Noor Hariri, sejak Latheefa Koya dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dapat dilihat pendakwaan rancak dibuat terhadap pemimpin politik UMNO yang didakwanya bertujuan bagi menyekat dana sah untuk melumpuhkan operasi parti.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!