Mohd Mentor timang anak pertama

Mohd
Mohd
A
A
A

PENYANYI kelahiran program realiti televisyen, Mentor musim keempat, Mohd Izwan Mohd Nor dan isteri selamat menimang cahaya mata lelaki pertama sekitar pukul 4.50 petang Rabu.

Menurut Izwan kepada Sinar Harian, isterinya Nurul Asyiqin Zaini dan anak mereka kini dalam keadaan stabil.

"Syukur alhamdulillah isteri selamat melahirkan baby boy dan kini masing-masing dalam keadaan stabil.

10
10

"Nama anak ialah Mohd Izz Rafael Bin Mohd Izwan," katanya ketika dihubungi.

Menerusi tinjauan di laman sosial Mohd, dia dihujani dengan ucapan tahniah dan doa buat rumah tangga mereka.

Tidak kurang ada yang teruja untuk melihat wajah anak pasangan itu.

Pasangan Mohd Mentor dan Nurul selamat mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2017.

Artikel Berkaitan: