MAHA 2018 luar biasa

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub merasmikan MAHA 2018. - Foto Sharifudin Abdul Rahim
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub merasmikan MAHA 2018. - Foto Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A
PAMERAN Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA2018) yang membuka tirai semalam mendapat sambutan luar biasa apabila pengunjung turut hadir menyaksikan majlis perasmiannya di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang.

Program yang berlangsung sehingga 2 Disember itu walaupun secara khusus mengenai pertanian, hortikultur dan agro pelancongan, telah berkembang menjadi sebahagian dari lanskap negara yang mempamerkan kemajuan dan pencapaian Malaysia.

Mahathir ketika tiba di majlis perasmian. - Foto Sharifudin Abdul Rahim
Mahathir ketika tiba di majlis perasmian. - Foto Sharifudin Abdul Rahim



Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, MAHA 2018 adalah program yang menampilkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian yang bersandarkan kepada teknologi terkini, inovasi tempatan dan luar negara, strategi-strategi pemasaran dan pengeluaran yang efektif.

Menurutnya, MAHA2018 seharusnya menjadi landasan terbaik bagi masyarakat petani, penternak, nelayan dan usahawan industri asas tani untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan masing-masing kepada umum.

No Image Caption



"Apa yang sepatutnya berlaku ialah, apabila negara mengambil langkah menjadi negara industri, sektor pertanian dan pengeluaran makanan juga seharusnya keluar dari kongkongan pengeluaran tradisional dan menerima pemodenan yang mampu meningkatkan pengeluaran dan memberi hasil jauh lebih tinggi.

"Pemodenan pertanian dan pengeluaran makanan akan memastikan keupayaan kapasiti yang lebih efisien.

Mahathir berucap ketika merasmikan MAHA 2018. - Foto Sharifudin Abdul Rahim
Mahathir berucap ketika merasmikan MAHA 2018. - Foto Sharifudin Abdul Rahim

Artikel Berkaitan:


"Hanya dengan mengubah cara pertanian dan penternakan melalui inovasi dan teknologi barulah petani dan penternak akan mengatasi masalah sektor pertanian," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian MAHA2018, semalam.

Tun Dr Mahathir berkata, sektor pertanian akan terus kekal penting dan relevan kerana ia tidak lagi dilihat sebagai pengeluaran makanan tetapi telah diterima sebagai penjamin ‘food security’ atau keselamatan makanan negara.

Mahathir diiringi menandatangani labu air di laman sayur. - Foto Sharifudin Abdul Rahim
Mahathir diiringi menandatangani labu air di laman sayur. - Foto Sharifudin Abdul Rahim



Katanya, sesuai dengan tema "Makanan Kita, Masa Depan Kita", MAHA 2018 diharap mampu menjadi penggalak penggunaan teknologi baharu dalam sektor agro makanan secara meluas.

"Pengenalan konsep baharu seperti Pertanian Pintar yang penuh dengan teknologi terkini pertanian dijangka akan meningkatkan pendapatan petani, penternak, nelayan dan usahawan industri asas tani.

Mahathir diiringi Salahuddin memegang ayam belanda di pameran selepas merasmikan MAHA 2018. - Foto Sharifudin Abdul Rahim
Mahathir diiringi Salahuddin memegang ayam belanda di pameran selepas merasmikan MAHA 2018. - Foto Sharifudin Abdul Rahim



"MAHA 2018 diharap terus dijadikan platform dalam menarik minat golongan muda khususnya untuk menceburi bidang pertanian dan menyemai semangat keusahawanan dalam minda mereka," katanya.

Dalam program itu, Tun Dr Mahathir turut dibawa melawat ke beberapa halaman seperti perikanan, nanas dan ternakan.

Mahathir memandu Proton X70. - Foto Sharifudin Abdul Rahim
Mahathir memandu Proton X70. - Foto Sharifudin Abdul Rahim



Turut mendapat perhatian adalah pameran durian dan kelapa.

Manakala tarikan 13 pavilion negeri yang dibuka menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri yang dapat dinikmati pengunjung.