Tiga kes positif koronavirus di Singapura

Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan dua lagi kes positif koronavirus di negara itu.
Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan dua lagi kes positif koronavirus di negara itu.
A
A
A

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan dua lagi kes positif koronavirus di negara itu menjadikan keseluruhan sebanyak tiga kes.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sehingga jam 12 tengah hari tadi, Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan 44 individu disyaki dijangkiti koronavirus berusia antara satu hingga 78 tahun.

Kes kedua koronavirus disahkan dihidapi seorang wanita China dari Wuhan yang tiba di Singapura pada 21 Januari lalu.

“Sepanjang berada di Singapura, wanita itu menginap di Hotel J 8 serta mengunjungi kawasan Orchard dan Gardens by the Bay. Beliau dilaporkan mengambil pengangkutan awam dan teksi apabila ke tempat-tempat pelancongan itu.

“Wanita berusia 53 tahun itu kini diasingkan dan dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH),” kata kementerian itu.

Sementara itu, kes ketiga positif koronavirus merupakan seorang lelaki berusia 37 tahun yang juga anak kepada pesakit kes pertama yang dilaporkan semalam.

“Dia tiba bersama bapanya pada 20 Januari menerusi penerbangan China Southern Airlines. Ini bermakna sepanjang berada di Singapura, beliau menetap di Hotel Shangri-La Rasa Sentosa Resort & Spa, yang terletak di Sentosa.

“Beliau kini sudah diasingkan dan kini dimasukkan ke Hospital Besar Singapura (SGH),” kata kenyataan itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: