X

Kindly register in order to view this article
!

Ucapan Tahun Baru Cina Uncle Kentang dalam tulisan jawi

Ucapan Tahun Baru Cina oleh Uncle Kentang yang turut ditulis dengan tulisan jawi.
A
A

PUCHONG - Di kala segelintir pihak masih menolak pembelajaran tulisan jawi, Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Uncle Kentang’ tampil memuat naik ucapan Tahun Baru Cina dalam tulisan jawi.

Dalam poster ucapan perayaan yang memuatkan gambarnya, Chee Heng turut meletakkan nombor telefonnya dengan tanda pagar #nombortaksorok.

Beliau yang dihubungi Sinar Harian memberitahu, ucapan itu sengaja ditulis dalam pelbagai bahasa kerana memiliki rakan daripada pelbagai latar belakang dan kaum.

“Saya letak ucapan dalam Bahasa Inggeris dan tulisan jawi yang ditulis oleh anak buah berbangsa Melayu untuk poster itu.

“Kita kan satu Malaysia, apa ada hal kalau nak tulis dalam tulisan jawi pun sebab saya pun ramai kawan bangsa Melayu,” katanya.

Katanya, sejak sekolah rendah beliau belajar menulis jawi, namun tidak menjadikan beliau Melayu atau Islam.

“Saya pandai tulis huruf alif, ba dan ta... yang lain sudah lupalah...tulisan kaligrafi Cina saya tak masukkan dalam poster sebab saya tak pandai tulis. Bagi saya tulisan pelbagai ini sebagai tanda kita hidup harmoni dalam satu negara.

“Kepada yang khuatir dengan tulisan jawi tu sepatutnya mereka dibawa berbincang, tak perlu terus melenting. Kena tahu apa tujuan dan lihat dari sudut kebaikan mengapa perlu belajar tulisan jawi,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!